SELAMAT DATANG KE RUANGAN TAKDE PASAL CARI PASAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke ruangan ini... Moga perkenalan ini membawa keberkatan dan rahmat ALLAH SWT...


05 June 2010

Lama vs Baru

Mercedes-Benz CLS-Class


Land Rover Discovery 4


GMC


Honda Accord 2.0 VTi-L


Jeep Cherokee

22 May 2010

Minggu ke2 bulan Mei - Hari Ibu

Minggu ke2 bulan Mei - hari ibu disambut diseluruh dunia bagi menghargai pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu. Tahun ni tanggal 10 Mei - disambut hari ibu... IBU engkaulah ratu hatiku, moga ibu terus sihat dan bahagia selalu. Jasamu tidak dapatku membalasnya, membesarkan ku satu anugerah yang tidak ternilai harganya, mendidik dan mengasuhiku hingga dewasa tanpa merintih walaupun penat.

27 April 2010

Keluargaku

ni keluargaku disebelah kiri Abg. Mat (sepupu), arwah Pak Yazid, Mat Ju (anak saudara), Kak Ha (kakak sulong), Huda (anak saudara), Mat Yie (anak sepupu), Ibuku, Azma (anak saudara), Bapaku, Faisal (anak saudara), Kak Jah (kakak ipar) dan Abg. Amin (abang)...



inilah Ibuku tersayang...


kakakku dan keluarganya (izzat baby lg masa ni)


nilah aku hahahaha...

SKDB - Sekolahku 1986

SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BESAR - Laman Utama

15 March 2010

Lotus F1 Racing 15-16 d'Bahrain 2010

Pasukan Lotus F1 Racing yang pertama kali membawa cabaran 1Malaysia ke sukan pemotoran paling berprestij dunia itu, menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dan 16 menerusi pelumba berpengalaman, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli. Pencapaian yang boleh dibanggakan dengan jentera dan pasukan yang tidak sampai setahun ditubuhkan. Adakah mungkin pencapaian pada masa akan datang lebih mengharumkan nama negara Malaysia. Benarkan pemandu dari Malaysia memandu bagi membuktikan rakyat Malaysia mampu bersaing dengan negara lain dalam sukan pemotoran ini. Malaysia Boleh!

Kejayaan Ferrari 1-2 d'Bahrain 2010

MANAMA - Fernando Alonso menjuarai perlumbaan pertama Formula Satu (F1) musim ini di Grand Prix Bahrain dan membantu Ferrari memenangi perlumbaan 1-2 dalam aksi pertamanya bersama pasukan terkenal dari Itali itu, semalam.

 Pelumba Ferrari, Fernando Alonso mengangkat tangannya selepas melepasi garisan penamat pada perlumbaan Grand Prix Bahrain di Litar Sakhir dekat Manama, Bahrain.

12 March 2010

BAHRAIN F1 RACE 2010

SALAM dari Bahrain...

Bahrain F1 Race - mampukah pasukan Lotus Racing F1 Team Malaysia menunjukkan prestasi yang meningkat bagi menaikkan nama negara.


 Sesi ujian masa di litar Bahrain F1 Race...


GRAND prix Bahrain mahu dijadikan medan membuktikan Lotus Racing boleh berlumba dengan pasukan gergasi lain pada edisi sulung Formula Satu (F1) 2010, Ahad ini ketika pasukan berharap mampu benar-benar melaungkan cabaran memburu kejuaraan pada musim 2011.

14 February 2010

NUKILAN GURUKU

Arazmi Seman pada 14hb Februari pukul 2.02 pagi
 
 
- kepada bekas pelajar-pelajarku

tiba-tiba mataku berair
melihat wajah kalian yang semakin dewasa
menjelma persis angin di depanku
memberi salam membuka kenang-kenangan
pedihnya menikam
menatap nasib yang kalian genggam
ada yang senyum bahagia
ada yang sarat menanggung beban
ada ketawa memandang
ada yang bungkam

maafkanlah aku
tidak mampu mengubah nasib yang kalian terima
telah kubisikkan kata-kata kukalungkan pesan
dan kalau ada yang aku terlupa
maafkanlah atas lalai dan alpa diriku
mendidik dan mengajarmu menjadi dewasa
dan panggil mengharukan
kalian masih memanggilku guru

cepatnya masa berlalu pergi
kalian semakin dewasa di depan mata
dan pastinya aku semakin tua dan lemah
namun tak pernah kutanggalkan doa dan pesan
jadilah manusia budiman
binalah cinta dan kasih sayang
untuk anak-anakmu, keluarga dan sahabat teman

moga tuhan memberkati
hujan dan panas kehidupan
yang kalian lalui

aku hanyalah seorang guru tua
yang makin lemah
berjanjilah untuk menjadi berani
menghadap perit kehidupan

alangkah, kalian semakin dewasa
apakah aku pernah berdosa
maafkanlah

arazmi seman
14 Februari 2010

07 February 2010

BLM Inter U Clubs : Konvoi ke PD 06-07 Febuari 2010

Hari Sabtu 06.02.2010 jam 4.30 petang, konvoi bermula di depan Tol Bangi, Lapan buah kenderaan menyertai konvoi ke PD N9.
Berkumpul sebelum bertolak...


Jam 5.20 petang berhenti di Hentian Seremban...


Paking kat depan highway Hotel Hentian Seremban.



Minum petang beramai-ramai di Hentian Seremban.


Inilah rumah yang kami sewa dan tempat paking kereta yang disediakan...hehehe

AKTIVITI-AKTIVITI DI WAKTU MALAM



Macam-macam aktiviti yang kami lakukan seperti BBQ, karaoke (bapa2, anak2 dll. turut serta), Tari-menari oleh anak-anak kecil ini sungguh memeriahkan lagi acara pada malam tu. Diakhir-akhir acara, tiba-tiba lampu padam dan satu kejutan telah dilakukan oleh peserta konvoi kepada seorang peserta konvoi yang kebetulan menyambut hari lahir pada malan tu dengan menyalakan kek yang dibeli tanpa disedari oleh peserta tersebut. Berakhirlah acara untuk malam itu dengan semua peserta dalam kepenatan dan tidor dengan penuh dibuai mimpi... hahaha

KEESOKAN HARI - 07.02.2010

Apa lagi kami mandi pantai ler....
Tak puas mandi walaupun dah 3 jam kami berendam didalam air laut... :-))



Ni jalan-jalan kat Dataran Pantai PD kebetulan ada pameran barangan tempatan.

Disaat-saat akhir sebelum bertolak balik ke bangi, berlaku perkara yang kami tidak terduga seorang peserta konvoi kami kunci keretanya hilang dan puas kami mencari tidak jumpa-jumpa kunci keretanya. Last sekali terpaksa ler cari seorang mekanik untuk membuat kunci baru... Maka terlewat ler kami bertolak balik pada petang tu... (Sepatutnya kami bertolak pada pukul 2.00 petang tapi disebabkan kejadian itu kami terpaksa bertolak pada pukul 5.30 petang)... Dalam perjalanan balik di lebuhraya Tol PD-Seremban kami ternampak satu kemalangan ngeri sebuah motosikal, penunggangnye mati di atas pembahagi jalan dengan badannya hampir putus dua... tidak dapat dipastikan punca berlakunya kemalangan tersebut nampak macam motosikalnya terbabas kepembahagi jalan.... Aku tak singgah pun kerana takut nak tengok, ngeri betul... Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman... Al-Fatihah...

06 February 2010

TEMAN-TEMAN SEKOLAH KU

Inilah teman-teman sekolah ku sewaktu dikelas 2MT1 Sekolah Menengah Kebangsaan Machang pada tahun 1993...
 
Kelas ni memang semua penghuninya nakal-nakal, maklum ler kelas lelaki dikatakan :-) . Cuma ada ler 2-3 orang yang baik-baik sprti pengawas-pengawas tu (Mat Due, Fairus dan Kori), ketua darjah dan penolongnya hehehe.... Semua yang lain nakal-nakal termasuk ler aku sekali ....hahaha (Maaf ler kawan-kawan aku melawak je tu).

27 January 2010

BERITA YANG MENGEJUTKAN AKU PADA PAGI NI

Hari ni (27.01.2010) pada pukul 6.00 pagi aku telah terpandang satu SMS yang diterima dari telefon aku yang mengatakan kepada sesiapa yang mengenali arwah @ kawan-kawannya yang mana ada arwah pernah berhutang dan masih belum dibayar oleh arwah sila beritahu dan tuliskan nama dan no. akaun + jumlah hutang........ Setelah ku lihat betul-betul pada no. pengantar barulah aku tahu pemilik no. itu adalah sahabat ku semasa di sekolah menegah dahulu... Aku masih tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan arwah... Siapa yang telah menjadi arwah?? Setelah aku membalas SMS itu barulah aku tahu SMS itu dari isteri sahabat ku yang telah kembali ke rahmatullah pada 16.01.2010 kerana deman denggi. Berita ini amat mengejutkan dan tidak terfikir oleh ku bahawa sahabat ku itu telah pulang ke alam yang kekal dengan usia yang begitu muda. Apa pun Allah SWT lebih lagi menyayanginya dari kita semua. Marilah kita semua berdoa moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-fatihah buat sahabatku Allahyarham Syed Hafizulrahman dan salam takziah buat keluarganya

24 January 2010

KELAB SAGA BLM UKM


Aktiviti pada 24 Januari 2010M bersamaan 8 Safar 1431H : Ahli-ahli kelab sedang menunggu rakan-rakan yang lain di DECTAR UKM sebelum konvoi bertolak ke seksyen 15 BBBangi untuk mesyuarat kelab.




Inilah diantara sebilangan kereta-kereta proton saga BLM yang dimiliki oleh ahli-ahli kelab tersebut.

14 January 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA SAUDARAKU

CATATAN 14 JANUARI 2010:

Al-fatihah...
Kembalinya ke rahmatullah saudaraku, Allahyarham Mohd Nasir Che Ngah pada malam 12 Januari 2010 bersamaan 26 Muharam 1431 Hijrah. Allahyarham meninggalkan isteri, Siti Rahani Ismail, lima orang anak dan empat cucu. (Anak sulung Allahyarham, Mohd Nizam). Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam Selangor. Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

KDYMM PEMANGKU SULTAN KELANTAN DARUL NAIM


PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengaminkan doa bersama kira-kira 5,000 rakyat Kelantan (gambar bawah), yang menunggu kepulangan baginda dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.


13 JANUARI 2010 bersamaan 27 Muharam 1431 Hijrah

















TENGKU Muhammad Faris Petra disambut pemimpin dan rakyat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.























TENGKU Muhammad Faris Petra mengimamkan solat hajat mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan yang ketika ini sedang gering dalam rawatan di Singapura di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu.

07 January 2010

Rumahku Syurgaku


Inilah rumah lama orangtua ku dan disebelah ialah rumah baru kakakku yang baru siap dibina pada tahun 2005.




Dibawah ni pulak bahagian sisi rumah kakakku dan rumah lama orangtua ku di kampung sebelum di ubahsuai pada 2008 dan sekarang telah berubah di bahagian sebelah kanan (Dapur). 





Ini pulak gambar terbaru bahagian sebelah kiri rumah kakakku yang dibina tempat letak kereta dan pejabat dibahagian atasnya.