SELAMAT DATANG KE RUANGAN TAKDE PASAL CARI PASAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke ruangan ini... Moga perkenalan ini membawa keberkatan dan rahmat ALLAH SWT...


27 January 2010

BERITA YANG MENGEJUTKAN AKU PADA PAGI NI

Hari ni (27.01.2010) pada pukul 6.00 pagi aku telah terpandang satu SMS yang diterima dari telefon aku yang mengatakan kepada sesiapa yang mengenali arwah @ kawan-kawannya yang mana ada arwah pernah berhutang dan masih belum dibayar oleh arwah sila beritahu dan tuliskan nama dan no. akaun + jumlah hutang........ Setelah ku lihat betul-betul pada no. pengantar barulah aku tahu pemilik no. itu adalah sahabat ku semasa di sekolah menegah dahulu... Aku masih tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan arwah... Siapa yang telah menjadi arwah?? Setelah aku membalas SMS itu barulah aku tahu SMS itu dari isteri sahabat ku yang telah kembali ke rahmatullah pada 16.01.2010 kerana deman denggi. Berita ini amat mengejutkan dan tidak terfikir oleh ku bahawa sahabat ku itu telah pulang ke alam yang kekal dengan usia yang begitu muda. Apa pun Allah SWT lebih lagi menyayanginya dari kita semua. Marilah kita semua berdoa moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-fatihah buat sahabatku Allahyarham Syed Hafizulrahman dan salam takziah buat keluarganya

24 January 2010

KELAB SAGA BLM UKM


Aktiviti pada 24 Januari 2010M bersamaan 8 Safar 1431H : Ahli-ahli kelab sedang menunggu rakan-rakan yang lain di DECTAR UKM sebelum konvoi bertolak ke seksyen 15 BBBangi untuk mesyuarat kelab.




Inilah diantara sebilangan kereta-kereta proton saga BLM yang dimiliki oleh ahli-ahli kelab tersebut.

14 January 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA SAUDARAKU

CATATAN 14 JANUARI 2010:

Al-fatihah...
Kembalinya ke rahmatullah saudaraku, Allahyarham Mohd Nasir Che Ngah pada malam 12 Januari 2010 bersamaan 26 Muharam 1431 Hijrah. Allahyarham meninggalkan isteri, Siti Rahani Ismail, lima orang anak dan empat cucu. (Anak sulung Allahyarham, Mohd Nizam). Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam Selangor. Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

KDYMM PEMANGKU SULTAN KELANTAN DARUL NAIM


PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengaminkan doa bersama kira-kira 5,000 rakyat Kelantan (gambar bawah), yang menunggu kepulangan baginda dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.


13 JANUARI 2010 bersamaan 27 Muharam 1431 Hijrah

















TENGKU Muhammad Faris Petra disambut pemimpin dan rakyat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.























TENGKU Muhammad Faris Petra mengimamkan solat hajat mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan yang ketika ini sedang gering dalam rawatan di Singapura di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu.

07 January 2010

Rumahku Syurgaku


Inilah rumah lama orangtua ku dan disebelah ialah rumah baru kakakku yang baru siap dibina pada tahun 2005.




Dibawah ni pulak bahagian sisi rumah kakakku dan rumah lama orangtua ku di kampung sebelum di ubahsuai pada 2008 dan sekarang telah berubah di bahagian sebelah kanan (Dapur). 





Ini pulak gambar terbaru bahagian sebelah kiri rumah kakakku yang dibina tempat letak kereta dan pejabat dibahagian atasnya.


05 January 2010

Motor Antik Kesayangan


Motor Scuter elektrik, Honda 90, Honda 70, Honda 50, & Honda 50 (AG3636)

Cuti-cuti Malaysia


Lawatan ke Masjid Kristal Kuala Terengganu

Asal Keturunanku

Nenda Allahyarham Haji Ab. Kadir telah pulang kerahmatullah pada tahun 1808 Masihi disemandikan di makam Lundang Paku, Kota Bharu Kelantan. Beliau merupakan anakanda kepada Allahyarham Haji Nuruddin bin Allahyarham Abdullah Faqeh. (Disebelah merupakan gambar makam nenda Allahyarham Haji Ab. Kadir, dipetik dari En. Ismail - Labokblog)






Ayahanda Haji Idris bin Allahyarham Haji Yahya, tinggal di kampung Dewan Kecil Labok Machang Kelantan. Bondanya bernama Allahyarham Hajah Mariam binti Allahyarham Idris. Ayahanda Haji Idris mempunyai 3 orang adik beradik iaitu kekandanya bernama Allahyarham Hajah Jah binti Haji Yahya dan adikandanya Hajah Esah binti Haji Yahya. Ayahanda telah mendirikan rumahtangga dengan isteri pertamanya Hajah Kalsom dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Hajah Zawaha binti Haji Idris. Ayahanda juga mendirikan rumahtangga dengan isteri keduanya dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohd Amin bin Haji Idris. Isteri ketiga beliau ialah Hajah Esah binti Allahyarham Mat dan mempunyai 4 orang anak, 3 lelaki seorang perempuan. Anak sulung dari isteri ketiga bernama Haji Farid, kedua Mohd Fadhil, ketiga Hajah Nurasyikin dan anak bongsunya Muhamad Shuhada. 

Kolam Air Panas

KOLAM AIR PANAS
Kolam Air Panas Kg. Rengas
Kolam Air Panas Kg. Rengas
Kolam air panas ini terletak di Kampong Rengas, Labok lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Machang. Ia berhampiran dengan jalan negeri Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh. Tahap kepanasannya amat tinggi dan berbeza dengan kolam-kolam air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan. Kawasannya dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan sawah padi.

Tempat-tempat Riadah

HUTAN LIPUR BUKIT BAKAR

Hutan Lipur Bukit Bakar

Hutan Lipur Bukit Bakar
Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang telah dibuka pada tahun 1975. Keluasan hutan lipur ini ialah 3.14 hektar terletak didalam kompatmen 6 hutan simpan Ulu Sat. Hutan Lipur ini sesuai dikunjungi oleh keluarga sebagai tempat beristirehat. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti taman kanak-kanak, pondok rehat, kolam mandi, jambatan gantung, tandas awam disamping sungai yang mengalir, kehijauan hutan hujan tropika serta flora dan fauna. Tiada bayaran dikenakan. Masa melawat ialah jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Bagi pengunjung yang ingin berkhemah, mereka perlu mendapat kebenaran dari Penguasa Hutan Lipur ini iaitu Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan.
Hutan Lipur Bukit Bakar

04 January 2010

Daerah Machang Tempat Lahirku

LATAR BELAKANG MACHANG
Jajahan Machang mendapat nama daripada sebuah kampung iaitu Kampung Machang. Ia mula dibuka pada tahun 1880 oleh sekumpulan penduduk kampung dari Pasir Tumboh di Kota Bharu yang diketuai oleh En. Senik. Pada awal pembukaan kampung ini aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk untuk menyara kehidupan mereka ialah pertanian dan perniagaan.
Dari segi geografinya kedudukan Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur.
Pada awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan sepenuhnya.
Jajahan Machang mempunyai keluasan 546.26 kilometer persegi. Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 129 kilometer persegi adalah terletak di dalam Majlis Daerah Machang.