SELAMAT DATANG KE RUANGAN TAKDE PASAL CARI PASAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke ruangan ini... Moga perkenalan ini membawa keberkatan dan rahmat ALLAH SWT...


20 May 2012

TAHNIAH THE RED WARRIORS - HOK KITA PIALA FA 2012

ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR...
19 MEI 2012.... TAHNIAH The Red Warriors, di atas kejayaan membawa balik ke bumi klate piala FA setelah 22 tahun berjuang dan pemain jersi no 22 Muhammad Ghaddar telah menjaringkan gol tunggal melalui sepakan penalti... Sekalung Tahniah jugak kepada TS Anuar Musa yang tidak jemu memimpin KAFA, walaupun beliau digantung dari jawatan Timbalan Presiden FAM dan dihalang dari melibatkan diri dalam aktiviti bola sepak setelah digantung selama 2 tahun setengah, tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang bersama pasukan KELANTAN...

Terima Kasih kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan kerana sudi mencemar duli ke Stadium Nasional Bukit Jalil bersama-sama penyokong The Red Warrior yang tidak jemu memberikan semangat dan kesetiaan kepada pasukan... Piala FA 2012 merupakan hadiah kepada Al Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad V yang telah menaiki takhta Negeri Kelantan dan selaku penyokong NO.1 The Red Warriors....

Kemenangan ini juga sebagai hadiah di atas jasa TS Anuar Musa dan hadiah hari ulangtahun kelahiran beliau pada 18 MEI (sama dengan saya)... 

Piala FA 2012 dijangka tiba di Negeri Klate pada jam 4.30 petang ni (20 Mei 2012) bersama pemain-pemain klate, akan disambut oleh ribuan penyokong klate di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa... 

Bumi Klate bumi dirahmati ALLAH,
Dipimpin oleh golongan Ulama,
Dipayungi oleh Raja yang alim,
Didiami rakyat yang beriman...

Allahuakbar...3x

16 May 2012

HARI GURU - 16 MEI

Selamat Hari Guru kepada semua bekas guru-guruku di Tadika KEMAS Dewan Kecil, Sekolah Kebangsaan Dewan Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, tenaga pengajar Giat MARA Machang dan semua guru-guru Malaysia.... Saya doakan semoga guru-guru terus sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat. Kepada guru-guru yang telah kembali kerahmatullah, disedekahkan Al-Fatihah dan semoga roh arwah dirahmati Allah, ditempatkan dikalangan orang-orang soleh... Amin

13 May 2012

Hari Ibu... HARI-HARI

13 Mei - seluruh dunia yang menyambut hari IBU pada hari ini... tetapi ramai yang x sedar bahawa didalam agama ISLAM tiada istilah satu hari bagi memperingati Ibu... Ibu seharusnya kita ingat pada setiap masa, walaupun dimana kita berada tidak kira jauh atau dekat... Apa sumbangan anda pada IBU, setelah hampir 9 bln dikandungkan, 2 tahun disusukan ibu, 6 tahun dimandikan, 18 tahun kita dibawah ketiak Ibu, dijaga dan disayangi... setelah 30 tahun masih kah kita dibelai oleh IBU??? Tiada had tahun kasih sayang Ibu pada anak-anaknya, selagi nyawa dikandung badan kasih sayang Ibu pada anaknya tidak pernah pudar... tetapi adakah anak-anaknya mampu membalas segala pengorbanan IBUnya... 

IBU... Terima Kasih kerana melahirkan anak-anakmu, semoga ALLAH memberi ganjaran kepada Ibu-Ibu yang telah sabar membesarkan, mendidik dan mengasuh serta menyayangi sepanjang hayatmu.. Aku tidak mampu untuk menjadi sekuat hati IBU, yang sanggup melalui kesusahan semasa membesarkanku, tetapi aku cuba untuk menJAGA IBU sebagai mana Ibu menjaga ku walaupun tidak sehebat IBU dulu...

Bagi ku hari IBU pada setiap hari...  kelahiran MU pada hari pertama merupakan hari mu IBU...