SELAMAT DATANG KE RUANGAN TAKDE PASAL CARI PASAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke ruangan ini... Moga perkenalan ini membawa keberkatan dan rahmat ALLAH SWT...


15 March 2010

Lotus F1 Racing 15-16 d'Bahrain 2010

Pasukan Lotus F1 Racing yang pertama kali membawa cabaran 1Malaysia ke sukan pemotoran paling berprestij dunia itu, menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dan 16 menerusi pelumba berpengalaman, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli. Pencapaian yang boleh dibanggakan dengan jentera dan pasukan yang tidak sampai setahun ditubuhkan. Adakah mungkin pencapaian pada masa akan datang lebih mengharumkan nama negara Malaysia. Benarkan pemandu dari Malaysia memandu bagi membuktikan rakyat Malaysia mampu bersaing dengan negara lain dalam sukan pemotoran ini. Malaysia Boleh!

Kejayaan Ferrari 1-2 d'Bahrain 2010

MANAMA - Fernando Alonso menjuarai perlumbaan pertama Formula Satu (F1) musim ini di Grand Prix Bahrain dan membantu Ferrari memenangi perlumbaan 1-2 dalam aksi pertamanya bersama pasukan terkenal dari Itali itu, semalam.

 Pelumba Ferrari, Fernando Alonso mengangkat tangannya selepas melepasi garisan penamat pada perlumbaan Grand Prix Bahrain di Litar Sakhir dekat Manama, Bahrain.

12 March 2010

BAHRAIN F1 RACE 2010

SALAM dari Bahrain...

Bahrain F1 Race - mampukah pasukan Lotus Racing F1 Team Malaysia menunjukkan prestasi yang meningkat bagi menaikkan nama negara.


 Sesi ujian masa di litar Bahrain F1 Race...


GRAND prix Bahrain mahu dijadikan medan membuktikan Lotus Racing boleh berlumba dengan pasukan gergasi lain pada edisi sulung Formula Satu (F1) 2010, Ahad ini ketika pasukan berharap mampu benar-benar melaungkan cabaran memburu kejuaraan pada musim 2011.