SELAMAT DATANG KE RUANGAN TAKDE PASAL CARI PASAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke ruangan ini... Moga perkenalan ini membawa keberkatan dan rahmat ALLAH SWT...


07 February 2010

BLM Inter U Clubs : Konvoi ke PD 06-07 Febuari 2010

Hari Sabtu 06.02.2010 jam 4.30 petang, konvoi bermula di depan Tol Bangi, Lapan buah kenderaan menyertai konvoi ke PD N9.
Berkumpul sebelum bertolak...


Jam 5.20 petang berhenti di Hentian Seremban...


Paking kat depan highway Hotel Hentian Seremban.



Minum petang beramai-ramai di Hentian Seremban.


Inilah rumah yang kami sewa dan tempat paking kereta yang disediakan...hehehe

AKTIVITI-AKTIVITI DI WAKTU MALAM



Macam-macam aktiviti yang kami lakukan seperti BBQ, karaoke (bapa2, anak2 dll. turut serta), Tari-menari oleh anak-anak kecil ini sungguh memeriahkan lagi acara pada malam tu. Diakhir-akhir acara, tiba-tiba lampu padam dan satu kejutan telah dilakukan oleh peserta konvoi kepada seorang peserta konvoi yang kebetulan menyambut hari lahir pada malan tu dengan menyalakan kek yang dibeli tanpa disedari oleh peserta tersebut. Berakhirlah acara untuk malam itu dengan semua peserta dalam kepenatan dan tidor dengan penuh dibuai mimpi... hahaha

KEESOKAN HARI - 07.02.2010

Apa lagi kami mandi pantai ler....
Tak puas mandi walaupun dah 3 jam kami berendam didalam air laut... :-))



Ni jalan-jalan kat Dataran Pantai PD kebetulan ada pameran barangan tempatan.

Disaat-saat akhir sebelum bertolak balik ke bangi, berlaku perkara yang kami tidak terduga seorang peserta konvoi kami kunci keretanya hilang dan puas kami mencari tidak jumpa-jumpa kunci keretanya. Last sekali terpaksa ler cari seorang mekanik untuk membuat kunci baru... Maka terlewat ler kami bertolak balik pada petang tu... (Sepatutnya kami bertolak pada pukul 2.00 petang tapi disebabkan kejadian itu kami terpaksa bertolak pada pukul 5.30 petang)... Dalam perjalanan balik di lebuhraya Tol PD-Seremban kami ternampak satu kemalangan ngeri sebuah motosikal, penunggangnye mati di atas pembahagi jalan dengan badannya hampir putus dua... tidak dapat dipastikan punca berlakunya kemalangan tersebut nampak macam motosikalnya terbabas kepembahagi jalan.... Aku tak singgah pun kerana takut nak tengok, ngeri betul... Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman... Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment