SELAMAT DATANG KE RUANGAN TAKDE PASAL CARI PASAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke ruangan ini... Moga perkenalan ini membawa keberkatan dan rahmat ALLAH SWT...


03 February 2016

LAMANYE...

hari ini 3hb. Febuari 2016 tiba-tiba rasa nak menjeguk laman yang lama ku biarkan sepi.. tanpa dikemas, dihias dan dibelai dengan kata tulis jari jemariku. apakah aku sudah lupa padanya, atau sekadar ingin sendiri darinya. aku sibuk dengan hal-hal dunia tanpa memikirkan hal yg akan aku tempuh dan kekal disana.
dunia hari ini penuh dengan berita kepimpinan, politik dan keruntuhan akhlat manusia yang semakin lupa dan lalai. Peminpin yang rakus mengaut keuntungan dan penindasan terhadap rakyatnya. politik yang tidak menentu dan bercelaru, tikam sesama sendiri dan kipas ketua untuk kepentingan peribadi. ada dikalangan anak muda, org dewasa dan tua yg masih bergeluman dengan dosa maksiat, lupa pada sang Penciptanya dan tidak menuruti perintahNYA. aku juga pun sama lalainya.
lalai dengan kemodenan dunia, sesat dalam kesenangannya dan lupa bahawa akan kembali ke asalnya.

No comments:

Post a Comment